dunia baru irma



 
  KOSMO
ISNIN 
21 MARCH 2011
OLEH: SAHLIZAH MOHAMED


SETIAP mata tertumpu sejenak tatkala susuk tubuh pelakon Irma Hasmie Ibrahim muncul di khalayak dengan imej bertudung litup sewaktu menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.




Menyarung busana rekaan Hatta Dolmat, Irma Hasmie tidak langsung kekok dengan penampilan baru itu, malah dia dilihat selesa menggayakan gaun labuh berona krim yang sedondon dengan tudung yang disarungkan.
Tidak berhenti menguntum senyuman, keayuan Irma makin terserlah dengan imej sopannya, sekali gus memperlihatkan dia sudah mara ke sebuah lagi fasa kehidupan yang lain.


Sudah pasti penghijrahan itu akan menjadi tajuk bualan pertama kepada pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu dan tuan empunya diri sendiri pun sudah boleh mengagak sejak awal lagi.
"Saya tergerak hati untuk bertudung sejak balik dari menunaikan umrah bersama ibu pada bulan lalu. Niat saya dari awal lagi hanya mahu menjadi seorang insan dan muslim yang lebih baik.


"Alhamdulillah pintu hati saya dibuka oleh-Nya. Balik saja dari Mekah, saya terus menyarung tudung dan sejak itu, kalau hendak keluar, saya akan rasa macam ada benda yang tertinggal jika tidak mengenakan tudung," tutur pelakon berusia 29 tahun itu.

Disuakan persoalan sama ada imej bertudung itu hadir disebabkan menunaikan umrah, Irma menolak telahan itu bulat-bulat kerana baginya, persediaan sebelum berkunjung ke tanah suci merangkumi semua aspek termasuk bertudung.


Katanya, sebelum berlepas ke Mekah, dia telah terlebih dahulu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
"Ia merangkumi semua aspek. Seperti yang saya katakan, apabila kita hendak menunaikan umrah, kita kena bersedia dan dari situ lagi, saya sudah berdoa.
"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.
Meneruskan bicara, Irma memberitahu, sesungguhnya dia sayang untuk mengotorkan taubat yang telah dipanjatkan semasa mengerjakan umrah dan amat bersyukur kerana jalan untuknya berhijrah mendapat keredaan dari-Nya.
Keputusannya untuk bertudung sekali gus menghadiahkan perasaan seronok dan tenang yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata.
"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.






 


 Karier

Usai memulangkan segala persoalan berkaitan imej bertudung, Irma masih meneruskan tanggungjawab sebagai seorang anak seni dan bertudung bukan noktah baginya untuk terus giat beraksi di depan kamera.
"Tiada sebarang masalah yang timbul selepas saya bertudung. Lagipun selepas seminggu balik menunaikan umrah, saya sudah menerima tawaran berlakon.
"Kerja macam biasalah. Cuma apa yang perlu ditambah ialah mengenai watak kerana saya kini sudah bertudung. Kena tengok sama ada watak itu sesuai atau tidak, kalau sesuai, saya ambillah. Tiada masalah," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia langsung tidak meletakkan soal ketandusan tawaran berlakon setelah muncul dengan imej baru, malah baginya jalan yang dipilih itu adalah sesuatu yang baik dan dituntut oleh agama.
"Tuhan tidak akan tutup pintu rezeki kita. Sebaliknya saya yakin ia akan dipermudahkan lagi. Jangan buat perkara jadi susah. Kalau saya setuju dengan satu tawaran, saya rasa produksi sekarang sudah faham. Lagipun sudah ramai artis yang bertudung.






"Saya turut menerima respons yang positif daripada peminat-peminat saya. Mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Saya sayang mereka," katanya yang akan muncul menerusi drama di slot Akasia bertajuk Kasih Alia tidak lama lagi.

13 comments:

  1. nti kawen , i nk bju yg mcm irma pki ni . bole x dear ? hee .

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..... :)
    moga pas ni cepat jodoh irma...:)

    ReplyDelete
  3. she is so beutifull in that dress..
    i love her!! im a fan of u too hatta :)
    keep designing beutifull dresses!!! u really2 HEBAT!

    ReplyDelete
  4. WOOW great !! 1st of all Alhamdulillah , this is a new IRMA HASMIE , may Allah bless u irma ,, n 4 u hatta ,, wowww congrats ! nice dress >.< love it

    ReplyDelete
  5. when i saw those pics before in budiey.com, i knew those dresses were ur creation =)

    ReplyDelete
  6. sungguh cantik beliau bertudung! :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya irma...sukeee...:)

    ReplyDelete
  8. Alhmdulillah, gembira sgt :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, semoga Irma semakin dimurahkan rezeki.. Amin :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...sejuk jew mata tgk sis nie dah pakai tudung...
    bestnye klu dpt awek yg cantik bile bertudung mcm nie...

    ReplyDelete
  11. salam hatta...what captured my eye is the intricate design, lebih2 lagi the fabric.is it french lace, or not?rekaan yg sangat gorgeous dikenakan lg with such a beauty = da bomb! :D

    ReplyDelete